Tuesday, June 15, 2010

HONEY MOON DS PLANNING

Assalamu'alaikum buat akhawt DS yang dikasihi kerana Allah...

Berikut dilmpirkan perancangan untuk honey moon DS nanti.
Nampaknya masa dah makin suntuk, harap semua ambil tindakan yang serius.

TARIKH: 26-27 JUN 2010
TEMPAT: Kemamang, Terengganu

PEMBAHAGIAN TUGASAN:
Tempat: K.Ila & Leza
Makanan: Ayu & Imah
Pengangkutan: Hajar & Saidatul
Teknikal: Aini
Program: Fitriah & K.Nor
Bendahari: Muazzamah & K.rose
Pengarah: Ain

P/S: Ni hasil keputusan syura yang lepas. If ada kekangan untuk menyelesaikan tugas masing2 kerana berjauhan di perantauan n so on, please inform ketua rumah ye.

Skop Kerja:

Tempat
1. Survey tempat penginapan, aktiviti, kos penginapan
2. Buat tempahan awal (sekarang sepatutnya dah buat tempahan)
3. Sediakan peta kawasan honey moon (daerah kemamang)

Catatan:
1. Liase dengan program (utk org program plan aktiviti) + bendahari

Makanan
1. Sediakan menu makanan
2. Sediakan bahan (if perlu masak kat sana n perlu bawa bahan mentah dari DS)
3. Sediakan bajet makanan

Catatan:
1. Liase dengan bendahari

Pengangkutan
1. Sewa/pinjam kereta
2. Bajet duit minyak/ tol
3. Tahu map di kawasan honey moon

Catatan:
1. Liase dengan bendahari
2. Liase dengan tempat

Teknikal
1. SEdiakan barang2 utk program
2. Sediakan bahan2 utk makanan
3. First aid kit, etc...

Catatan:
1. Liase dgn program
2. Liase dengan makanan

Program
1. Paln program sepanjang HM
2. Kenalpasti tempat2 untuk beraktiviti

Catatan:
1. Liase dgn tempat, teknikal

Bendahari
1. Money controller
2. Bajet yuran (cost makanan, tempat, etc...)

Catatan:
1. Liase dengan yang lain

Nota:

1.Time frme untuk siapkan tugasan yang diamanahkan

15/06 - 18/06 : Siapkan details planning setiap tugasan antunna (detailskan sgla maklumat)
18/06 : Cadangan syura untuk bentangkan progress kerja masing2
19/06 - 23/06 : Follow up tugasan masing2
24/06 : Dah siap semua tugasan
25/06: final touch up
26/06 - 27/06: Honey Moon..Yeay!

2. Syura setakat ni:
Bajet - RM 60/person

Sebarang update atau pertanyaan, boleh diajukan disini. Terutma yang berada jauh di perantauan...Semoga Allah permudahkn segala urusan kita. Ameen.

Saturday, April 24, 2010

ku temui cintaku di sini..

salam akhawat.. suka nak berkongsi satu post yg terkesan di hati..
terimalah Sebuah puitis hidup syeikh dakwah yg telah mendahului kita,
(alm. KH Rahmat Abdullah)


Memang seperti itulah dakwah. Dakwah adalah cinta. Dan cinta akan meminta semuanya dari dirimu. Sampai pikiranmu. Sampai perhatianmu. Berjalan, duduk, dan tidurmu..

Bahkan di tengah lelapmu, isi mimpimu pun tentang dakwah. Tentang umat yg kau cintai..

Lagi-lagi memang seperti itu. Dakwah. Menyedot saripati energimu. Sampai tulang belulangmu. Sampai daging terakhir yg menempel di tubuh rentamu. Tubuh yg luluh lantak diseret-seret. Tubuh yang hancur lebur dipaksa berlari..


Seperti itu pula kejadiannya pada rambut Rasulullah. Beliau memang akan tua juga. Tapi kepalanya beruban karena beban berat dari ayat yg diturunkan Allah.


Sebagaimana tubuh mulia Umar bin Abdul Aziz. Dia memimpin hanya sebentar. Tapi kaum muslimin sudah dibuat bingung. Tidak ada lagi orang miskin yg bisa diberi sedekah. Tubuh mulia itu terkoyak-koyak.


Sulit membayangkan sekeras apa sang Khalifah bekerja. Tubuh yang segar bugar itu sampai rontok. Hanya dalam 2 tahun ia sakit parah kemudian meninggal. Toh memang itu yang diharapkannya; mati sebagai jiwa yang tenang.


Dan di etalase akhirat kelak, mungkin tubuh Umar bin Khathab juga terlihat tercabik-cabik. Kepalanya sampai botak. Umar yang perkasa pun akhirnya membawa tongkat ke mana-mana. Kurang heroik? Akhirnya diperjelas dengan salah satu luka paling legendaris sepanjang sejarah; luka ditikamnya seorang Khalifah yang sholih, yang sedang bermesra-mesraan dengan Tuhannya saat sholat.


Dakwah bukannya tidak melelahkan. Bukannya tidak membosankan. Dakwah bukannya tidak menyakitkan. Bahkan juga para pejuang risalah bukannya sepi dari godaan kefuturan.


Tidak… Justru kelelahan. Justru rasa sakit itu selalu bersama mereka sepanjang hidupnya. Setiap hari. Satu kisah heroik, akan segera mereka sambung lagi dengan amalan yang jauh lebih “tragis”.


Justru karena rasa sakit itu selalu mereka rasakan, selalu menemani… justru karena rasa sakit itu selalu mengintai ke mana pun mereka pergi… akhirnya menjadi adaptasi. Kalau iman dan godaan rasa lelah selalu bertempur, pada akhirnya salah satunya harus mengalah. Dan rasa lelah itu sendiri yang akhirnya lelah untuk mencekik iman. Lalu terus berkobar dalam dada.


Begitu pula rasa sakit. Hingga luka tak kau rasa lagi sebagai luka. Hingga “hasrat untuk mengeluh” tidak lagi terlalu menggoda dibandingkan jihad yang begitu cantik.


Begitupun Umar. Saat Rasulullah wafat, ia histeris. Saat Abu Bakar wafat, ia tidak lagi mengamuk. Bukannya tidak cinta pada abu Bakar. Tapi saking seringnya ditinggalkan” , hal itu sudah menjadi kewajaran. Dan menjadi semacam tonik bagi iman..


Karena itu kamu tahu. Pejuang yg heboh ria memamer-mamerkan amalnya adalah anak kemarin sore. Yg takjub pada rasa sakit dan pengorbanannya juga begitu. Karena mereka jarang disakiti di jalan Allah. Karena tidak setiap saat mereka memproduksi karya-karya besar. Maka sekalinya hal itu mereka kerjakan, sekalinya hal itu mereka rasakan, mereka merasa menjadi orang besar. Dan mereka justru jadi lelucon dan target doa para mujahid sejati, “ya Allah, berilah dia petunjuk… sungguh Engkau Maha Pengasih lagi maha Penyayang… “


Maka satu lagi seorang pejuang tubuhnya luluh lantak. Jasadnya dikoyak beban dakwah. Tapi iman di hatinya memancarkan cinta… Mengajak kita untuk terus berlari…


“Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.

Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.

Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.

Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.

Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.”


Sumber: narawastuilmu.blogspot

Sunday, April 11, 2010

MEMENUHI HAK KEJIRANAN

Assalamu'allaikum...

Salam ukhuwwah buat akhawat DS yang dikasihi kerana Allah.
Alhamdulillah, semalam (10 April 2010), telah berlangsung majlis perkahwinan anak lelaki kepada jiran kita, makcik laili. 4 akhawat telah pergi ke majlis tersebut sebagai wakil DS bagi meraikan najlis tersebut.
Eee...kenapalah ayat ni skema sangat...
Jap nak tukar ayat yang tak skema...

Pada awalnya, memang akhawat dari jauh dah tak sabar2 nak pergi...
He..he...dari jauh dah dengar DJ asyik sebut-sebut ada hidangan asikrim, tapai, cendol, etc...bestnyer. Sape yang tak pergi semalam rugi!

Then, sesampainya ke majlis perkahwinan, terus g jumpa makcik Laili.
makcik laili tanya;
"mana yang lain? kenapa yang lain tak datang?
kenapa tak datang semalam? (rujuk pada majlis rewang)"
terkedu diri ni nak jawab, rasa bersalah yang meluap dalam diri.

Dalam nada yang bersalah,aku menjawab:
"Maaf sangat2 makcik, semua orang rumah sibuk semalam, ada hal masing-masing yang tak dapat dielakkan."

Makcik jawab:
"Takpe. Makcik minta maaf yer, kalu bising2...semalam makcik ajak nak suruh datang makan"

Sekali lagi hatiku tersentuh...rasa bersalah kerana tak dapat memenuhi permintaan makcik pada malam tu. Maaf makcik, kami ada usrah.

Dan, pada malamnya pula makcik hulurkan sekotak lebihan sourvenier pada akhawat..


Ni...sourvenier yang makcik Laili kasi.


Ni kak kahwinnya...

Alhamdulillah, akhawat sebenarnya kita sangat bertuah, dikelilingi jiran yang sangat baik...teringat kebaikan yang pkcik ibrahim dan k.salwa hulurkan...
Just untuk ingatan bersama, termasuklah diri yang serba kekurangan ini dalam kesibukan kita belajar, berprogram jangan lupa kita juga ada tanggungjawab untuk memenuhi hak kejiranan..
Akhawat boleh rujuk hadith dalam kitab al adab, hadith yang ke-14.
Bab pesanan berbuat baik kepada jiran.. semoga bermanfaat buat kita semua

Ya Allah, kau permudahkanlah urusan kami...

-insan tabah, DS-

Sunday, April 4, 2010

ukhuwah itu...adalah kerana Allah


Khas buat ukhti yang bernama Saidatul Syuhada


Ukhti ku..

Ukhti ku,

Masih ku ingat pertemuan kali pertama denganmu..

Pertemuan2 selepas itu..

Yang membibitkan bait2 ukhwah..

Dan dengan takdir Nya,

Kita ditarbiyah di bawah satu bumbung yang sama..


Ukhti ku,

Dalam detik masa yang berlalu..

Ku pasti ada bait kataku yang buatmu terluka..

Ada riak wajah ini yang buat dirimu hiba..

Ada perwatakanku yang dalam diam mencalari hatimu..


Maaf ya ukhtiku..

Kakakmu ini tak sesempurna mana..

Kerna diriku ini hanya insan biasa..

Yang ada marah dan sedihnya..

Ketahuilah juga.. ku hanya seorang hamba..


Tapi ukhtiku..

Kuyakini dalam tiap perpisahan itu pasti ada hikmah yang tersirat..

Tarbiyah telah mengajar kita erti kehidupan..

Erti perjuangan..

Erti sebuah pengorbanan..


Untuk itu.

Binalah dirimu walau dimana letakmu..

Jangan abai dan hindari tarbiyah itu..

Kerana kita ini insan2 pilihan..


Andai terasa bau2 futur itu datang menghinggap..

Tepislah dengan iman dan ilmu mu..

Kenang semula..

Tangis tawa dalam dakwah yang telah kau lalui..

Penat dan lelah yang telah kau rasai..

Kita pernah berjaulah jauh ke utara dan selatan..

Atas dasar dakwah dan persaudaraan..

Di situ tarbiyah mengajar erti sebuah perjuangan..

Janganlah ia dengan mudah dilupakan..


Akhirnya...

Ketahuilah bahawa..

Ada ukiran namamu dalam tiap doa rabitahku..

Bersama nama ukhti2 di dalam saff perjuangan ini..

Moga Allah merahmatimu dalam tiap hela nafasmu..

Salam ukhuwah semanis perjuangan



**hanya mampu mengukir bicara dalam sebuah sajak.

Saturday, April 3, 2010

patah tumbuh hilang berganti



salam,

kepada akhawat DS yang dikasihi,

semoga anda semua sentiasa dirahmati ALLAH S.W.T

ptg td ana dah berkemas @ pindah rumah @ move out ..

terima kasih kepada akhawat yg tolong mengangkat barang ana..


berat rasanya nak pergi meninggalkan rumah yang banyak mengajar ana ,

rumah dimana ana belajar memasak,

rumah dimana tarbiah diberikan tidak kira masa,

rumah dimana segala-galanya berlaku..


semoga pemergian ana ini bukan selamanya,

semoga ana tetap diberi kemudahan masa dan kesihatan untuk tetap melawat DS yg dikasihi

semoga pemergian ana diganti dengan akhawat yang lebih baik menurut ALLAH


doakan ana tabah menghadapi dugaan mendatang

ana mohon maaf atas segala kesilapan yang sengaja @ x sengaja ana lakukan

kepada antunna semua..

semoga ukhuwwah yang terjalin kekal sehingga ke syurga..

saidatulsyuhada
selangor

Monday, March 29, 2010

apabila tanggungjawab diabaikan..


salam,

muhasabah untuk semua akhawat DS yang dicintai,
terutama sekali kepada tangan yang menaip ini..

apabila tanggungawab mengisi jadual pasar diabaikan,tarikh untuk ke pasar tidak diambil perhatian,

AKIBATNYA??

akhawat yang bertugas untuk masak pada hari itu tak pasti apa nak masak..
bagaimana nak masak kalau tiada bahan untuk dimasak..

mungkin ada sebab yang sangat tidak dapat dielakkan

tetapi apa yang ana ingin tekankan disini ialah apabila tanggungjawab tidak dilaksanakan
akan ada implikasinya..
apabila tanggungjawab membayar rumah sewa diabaikan
apa kesan nya?

apabila tanggungjawab kebersihan diabaikan
apa kesan nya?

apabila tanggungjawab bersilaturrahim sesama akhawat diabaikan
apa kesannya?

marilah sama-sama kita renung-renungkan..kita sama-sama diberi 24 jam sehari..
marilah sama-sama kita mengatur masa dengan sebaiknya
agar amanah dan tanggungjawab kita tidak terabai


wallahualam