Sunday, April 11, 2010

MEMENUHI HAK KEJIRANAN

Assalamu'allaikum...

Salam ukhuwwah buat akhawat DS yang dikasihi kerana Allah.
Alhamdulillah, semalam (10 April 2010), telah berlangsung majlis perkahwinan anak lelaki kepada jiran kita, makcik laili. 4 akhawat telah pergi ke majlis tersebut sebagai wakil DS bagi meraikan najlis tersebut.
Eee...kenapalah ayat ni skema sangat...
Jap nak tukar ayat yang tak skema...

Pada awalnya, memang akhawat dari jauh dah tak sabar2 nak pergi...
He..he...dari jauh dah dengar DJ asyik sebut-sebut ada hidangan asikrim, tapai, cendol, etc...bestnyer. Sape yang tak pergi semalam rugi!

Then, sesampainya ke majlis perkahwinan, terus g jumpa makcik Laili.
makcik laili tanya;
"mana yang lain? kenapa yang lain tak datang?
kenapa tak datang semalam? (rujuk pada majlis rewang)"
terkedu diri ni nak jawab, rasa bersalah yang meluap dalam diri.

Dalam nada yang bersalah,aku menjawab:
"Maaf sangat2 makcik, semua orang rumah sibuk semalam, ada hal masing-masing yang tak dapat dielakkan."

Makcik jawab:
"Takpe. Makcik minta maaf yer, kalu bising2...semalam makcik ajak nak suruh datang makan"

Sekali lagi hatiku tersentuh...rasa bersalah kerana tak dapat memenuhi permintaan makcik pada malam tu. Maaf makcik, kami ada usrah.

Dan, pada malamnya pula makcik hulurkan sekotak lebihan sourvenier pada akhawat..


Ni...sourvenier yang makcik Laili kasi.


Ni kak kahwinnya...

Alhamdulillah, akhawat sebenarnya kita sangat bertuah, dikelilingi jiran yang sangat baik...teringat kebaikan yang pkcik ibrahim dan k.salwa hulurkan...
Just untuk ingatan bersama, termasuklah diri yang serba kekurangan ini dalam kesibukan kita belajar, berprogram jangan lupa kita juga ada tanggungjawab untuk memenuhi hak kejiranan..
Akhawat boleh rujuk hadith dalam kitab al adab, hadith yang ke-14.
Bab pesanan berbuat baik kepada jiran.. semoga bermanfaat buat kita semua

Ya Allah, kau permudahkanlah urusan kami...

-insan tabah, DS-

No comments:

Post a Comment