Sunday, April 4, 2010

ukhuwah itu...adalah kerana Allah


Khas buat ukhti yang bernama Saidatul Syuhada


Ukhti ku..

Ukhti ku,

Masih ku ingat pertemuan kali pertama denganmu..

Pertemuan2 selepas itu..

Yang membibitkan bait2 ukhwah..

Dan dengan takdir Nya,

Kita ditarbiyah di bawah satu bumbung yang sama..


Ukhti ku,

Dalam detik masa yang berlalu..

Ku pasti ada bait kataku yang buatmu terluka..

Ada riak wajah ini yang buat dirimu hiba..

Ada perwatakanku yang dalam diam mencalari hatimu..


Maaf ya ukhtiku..

Kakakmu ini tak sesempurna mana..

Kerna diriku ini hanya insan biasa..

Yang ada marah dan sedihnya..

Ketahuilah juga.. ku hanya seorang hamba..


Tapi ukhtiku..

Kuyakini dalam tiap perpisahan itu pasti ada hikmah yang tersirat..

Tarbiyah telah mengajar kita erti kehidupan..

Erti perjuangan..

Erti sebuah pengorbanan..


Untuk itu.

Binalah dirimu walau dimana letakmu..

Jangan abai dan hindari tarbiyah itu..

Kerana kita ini insan2 pilihan..


Andai terasa bau2 futur itu datang menghinggap..

Tepislah dengan iman dan ilmu mu..

Kenang semula..

Tangis tawa dalam dakwah yang telah kau lalui..

Penat dan lelah yang telah kau rasai..

Kita pernah berjaulah jauh ke utara dan selatan..

Atas dasar dakwah dan persaudaraan..

Di situ tarbiyah mengajar erti sebuah perjuangan..

Janganlah ia dengan mudah dilupakan..


Akhirnya...

Ketahuilah bahawa..

Ada ukiran namamu dalam tiap doa rabitahku..

Bersama nama ukhti2 di dalam saff perjuangan ini..

Moga Allah merahmatimu dalam tiap hela nafasmu..

Salam ukhuwah semanis perjuangan



**hanya mampu mengukir bicara dalam sebuah sajak.

2 comments:

  1. assalammualaikum, jazakillah khairan kasirah

    menangis saya baca puisi ni

    manisnya ukhuwaah kerana ALLAH

    semoga kita berjumpa di syurga kelak..
    amin

    ReplyDelete
  2. Subhanallah,
    indah sekali sajaknya Ukhti.

    Salam perkenalan dari Berlin,
    Ummu Khaulah :)

    ReplyDelete